Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    2 maut kemalangan di Katok

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Impak teruk rempuhan dua buah kenderaan dan pengadang jalan raya dipercayai punca dua orang lelaki tempatan maut dalam kemalangan yang berlaku di Lebuh raya Katok menuju ke Beribi hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hari ini, pihak mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar jam 3:27 petang yang membabitkan dua buah kenderaan.

    Sejurus maklumat diterima, pasukan dari Balai Polis Bandar Seri Begawan berkejar ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

    Hasil siasatan awal mendapati enam orang mangsa terlibat dalam kemalangan dan dua daripadanya meninggal dunia.

    Kesemua mangsa kemalangan telah dikejarkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi rawatan dan siasatan lanjut. Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

    Sehubungan itu PPDB menasihatkan agar pengguna jalan raya sentiasa peka pada had kelajuan dan fokus di jalan raya dan kawasan persekitaran.

    PPDB juga akan sentiasa memastikan kesedaran sentiasa dipupuk kepada orang ramai terhadap kepentingan menjaga keselamatan semasa pemanduan bagi mengelak kecuaian yang berpunca daripada pemandu sendiri.

    Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan remuk teruk akibat impak rempuhan dan pengadang jalan raya.
    Bahagian depan kereta kelihatan di bawah lori yang terbabit dalam kemalangan jalan raya tersebut.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...