Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    2 pelanggan imagine menangi hadiah lumayan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Dua pelanggan imagine Sdn Bhd telah menerima wang tunai $5,000 setiap seorang sebagai pemenang bertuah kempen ganjaran yang telah berjalan selama 10 minggu.

    Awang Bahrin bin Bujang dan CCY Motor Sdn Bhd telah menerima hadiah masing-masing pada majlis penyampaian hadiah yang telah diadakan di Ibu Pejabat imagine, baru-baru ini.

    Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Ketua Pegawai Eksekutif, imagine Sdn Bhd, Dayang Suzannawati binti Suharju.

    Kedua-dua pelanggan berkenaan masing-masing telah memenangi cabutan utama Win Cash with imagine di bawah kategori kediaman dan perniagaan di mana cabutan telah diadakan pada 28 November lalu melalui penstriman langsung di Instagram.

    Menerusi kempen berkenaan, para pelanggan diberi peluang untuk mengumpul mata melalui kontrak semula, pemindahan masuk (porting-in) atau melanggan pelan Dream Broadband, Wish Postpaid atau Dream Bundle dari 16 September hingga 15 November.

    Dalam tempoh itu, imagine juga mengadakan cabutan mini yang memberi ganjaran kepada pemenang mingguan dengan hadiah wang tunai, data percuma, diskaun bil serta barangan
    eksklusif.

    Para pelanggan masih berpeluang memenangi hadiah-hadiah dengan menyertai promosi semasa yang dilancarkan pada 16 November lalu yang akan berlangsung sehingga Februari 2023.

    Hadiah utama promosi berkenaan ialah sebuah kereta BMW 2-Series baharu, manakala hadiah kedua pula berupa pakej pelancongan lima hari ke Tokyo untuk dua orang.

    Dayang Suzannawati bersama pemenang pada majlis penyampaian hadiah di Ibu Pejabat imagine, baru-baru ini. – Gambar serahan imagine
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...