Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    20 didenda dalam skandal politik ‘partygate’

    LONDON, 29 MAC – Polis Britain berkata hari ini bahawa mereka mendenda 20 orang yang hadiri pesta yang diadakan oleh Perdana Menteri Boris Johnson dan kakitangannya semasa sekatan COVID dan lebih ramai orang boleh berdepan hukuman.

    Pasukan Polis Metropolitan berkata ia tidak akan mengenal pasti penerima notis penalti tetap, walaupun pejabat Johnson telah berkata ia akan mende-dahkannya apabila dia mendapatnya.

    Pasukan itu berkata pegawai sedang berusaha berdasarkan ‘sejumlah besar bahan penyiasatan’ dan lebih ramai lagi boleh didenda kemudian. Penentang dan beberapa ahli Parti pemerintah Konservatif, telah berkata Johnson harus meletak jawatan jika dia dikenakan denda kerana melanggar peraturan yang dikuat kuasanya di seluruh negara semasa pandemik itu.

    Berpuluh-puluh ahli politik dan pegawai telah disiasat atas dakwaan kerajaan melanggar sekatan pandemiknya sendiri. Polis menghantar borang soal selidik kepada lebih 100 orang, termasuk perdana menteri dan menemu bual saksi sebagai sebahagian daripada siasatan.

    Skandal ‘partygate’ telah menyebabkan tempoh Johnson tidak menentu sebelum Rusia melancarkan perang di Ukraine lebih sebulan lalu yang memberi keutamaan kepada ahli politik Britain.

    Cengkaman kuasa Johnson terjejas akibat kemarahan orang ramai terhadap pendedahan bahawa kakitangannya mengadakan pesta pejabat ‘bawa minuman keras awda sendiri,’ sambutan hari jadi dan ‘Wine time Fridays’ pada 2020 dan 2021 manakala berjuta-juta di Britain dilarang bertemu dengan rakan dan keluarga kerana sekatan COVID oleh kerajaannya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...