Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    20 keluarga mualaf terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Sebanyak 20 buah keluarga mualaf di Daerah Temburong telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian di Rumah Panjang Kampung Sumbiling Lama, Daerah Temburong, kelmarin.

    Projek SMALHB Prihatin itu merupakan anjuran Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf) dan Unit Dakwah Daerah Temburong dengan kerjasama Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB).

    Hadir selaku ketua rombongan dan seterusnya menyempurnakan sumbangan ialah Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf, PDI, Dr Hajah Rohanita binti Haji Yaakub dan Pengetua SMALHB, Hajah Azizah binti Haji Mohamad.

    Bantuan yang disumbangkan itu bertujuan untuk menampung keperluan harian dan sebagai satu dakwah berkesan bagi memeduli dan memantau perkembangan kehidupan serta kebajikan asnaf fakir miskin khususnya dalam kalangan mualaf agar terus terjaga serta dapat melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna, di samping penglibatan bimbingan dan penghayatan agama Islam khusus bagi mualaf di negara ini.

    Projek berkenaan juga diselajurkan dengan penyerahan wakaf berupa barang-barang keperluan seperti telekung, kipas, lampu solar serta kerusi sandar untuk kegunaan jemaah Balai Ibadat Kampung Sibut, Temburong, yang diadakan di balai ibadat berkenaan.

    Salah sebuah keluarga mualaf yang menerima sumbangan berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangkai tikus dalam roti, lebih 100,000 ditarik balik di Jepun

    TOKYO, 8 MEI - Lebih 100,000 peket roti telah ditarik balik di Jepun selepas bahagian bangkai tikus hitam ditemui di dalamnya, kata pengilang hari...