Friday, May 3, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    200 penghuni tinggal sehelai sepinggang

    SIBU, 25 JAN – Lebih 200 penduduk di sebuah rumah panjang di Medamit, Limbang, kira-kira 588 kilometer ke utara dari sini tinggal sehelai sepinggang setelah kediaman mereka musnah dalam kebakaran hari ini.

    Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata panggilan kebakaran Rumah Panjang Rantau Kiran sepanjang 39 pintu itu diterima pada 6:48 pagi dan satu pasukan dari Balai Bomba Dan Penyelamat Limbang serta Bomba Sukarela Kampung Medamit berdekatan kawasan kejadian telah digerakkan ke lokasi.

    “Tindakan pasukan bomba bagi mengawal dan memadam kebakaran adalah menggunakan air dari tangki jentera bomba. Pasukan bomba mengalami kesukaran memadam api kerana tiada pili bomba yang berdekatan lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

    Pasukan bomba seterusnya menggunakan air dari tangki domestik rumah panjang tersebut bagi memadam kebakaran, selain mengepam air dari sebuah kolam berhampiran sebelum api dapat dipadam sepenuhnya kira-kira 12:43 tengah hari.

    Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...