Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    21 kes baharu COVID-19 dikesan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Sebanyak 21 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dicatatkan di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 15,881 orang.

    Daripada jumlah kes baharu tersebut, 12 adalah kes tempatan dan sembilan lagi adalah kes import, menurut Kementerian Kesihatan melalui Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Jumlah kes baharu itu adalah hasil daripada 3,356 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu, oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 0.63 peratus.

    Kementerian turut mengongsikan bahawa dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, satu kes berada dalam kategori 4, manakala tidak ada kes yang berada dalam kategori 5.

    Sementara itu, 15 kes pula telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh di negara ini kepada 15,424 kes dengan 355 kes aktif.

    Kadar penggunaan katil di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 10.2 peratus.

    Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin (15 Januari), kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 94.7 peratus dengan 93.8 peratus telah menerima dua dos vaksin manakala itu, 32.9 peratus telah menerima tiga dos.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...