Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    28 maut minum arak tiruan

    AHMEDABAD, 26 JULAI – Sekurang-kurangnya 28 orang mati dan 60 yang lain sakit selepas minum arak tiruan di barat India, menurut pegawai hari ini.

    Menurut laporan media tempatan, arak itu mengandungi alkohol metil.

    Pegawai kanan kerajaan, Mukesh Parmar mengatakan 22 kematian adalah dari pelbagai kampung di daerah Botad dan enam lagi dari Ahmedabad di negeri Gujarat, India di mana pengilangan, penjualan dan meminum arak adalah dilarang.

    Ketua Pengarah Polis Gujarat, Ashish Gupta, mengatakan beberapa pembuat arak terlibat dalam penjualan alkohol metil itu telah pun ditahan.

    “Analisis forensik mengesahkan kesemua yang maut mengambil alkohol metil. Kami telah menahan 14 individu atas tuduhan membunuh dan beberapa kesalahan lain, dan sudah menahan kebanyakan tertuduh,” menurut Ashish.

    Kerajaan negeri telah pun mengarahkan siasatan berhubung insiden itu.

    Kematian akibat minum arak yang dibru secara haram adalah lazim di India, di mana arak adalah lebih murah dan sering dicampurkan dengan kimia seperti racun serangga untuk mempertingkatkan kekuatannya.

    Arak dijual secara haram juga semakin menjadi industri yang lumayan untungnya memandangkan pembuat arak tidak perlu membayar cukai dan menjual sejumlah besar kuantiti produk mereka pada harga yang murah. – AP

    Rameshbhai Shankarbhai Rathva yang jatuh sakit selepas minum arak tiruan, diusung untuk rawatan di hospital umum di Ahmedabad, India, 26 Julai. Seramai 28 orang maut, manakala 60 lagi sakit akibat minum arak tiruan mengandungi metil. –AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...