Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    3 pelanggan Rizqun Coffee House terima ganjaran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Tiga pelanggan promosi sungkai Restoran Rizqun Coffee House menerima ganjaran hadiah berupa baucar penginapan dua hari satu malam di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

    Mereka ialah Awang Abdul Shamady, Awang Najib dan Hajah Asmah yang telah memenangi cabutan bertuah dibuat oleh para pelanggan semasa berbuka puasa di restoran itu.

    Cabutan bertuah akan diteruskan lagi sehingga akhir bulan Ramadan kelak yang akan dibuat oleh pihak pengurusan Hotel Antarabangsa Rizqun.

    Para pemenang yang berjaya dalam cabutan bertuah akan dihubungi untuk menerima hadiah mereka.

    Sepanjang Ramadan ini, restoran tersebut menyajikan promosi Ramadan dengan pelbagai hidangan Nusantara termasuklah hidangan ambuyat yang ditampilkan setiap Sabtu.

    Pelanggan membuat cabutan bagi memilih pemenang bertuah.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...