Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    30 rumah terjejas banjir di Kampung Long Pasia

    KOTA KINABALU, 20 FEB – Sebanyak 30 buah rumah di Kampung Long Pasia, dekat Sipitang dilanda banjir kilat hari ini ekoran hujan lebat di kawasan berkenaan sejak petang semalam.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan yang bermula kira-kira pukul 2 petang semalam dan berterusan hingga pagi ini menyebabkan Sungai Long Pasia melimpah ke kawasan kampung.

    “Kenaikan paras air Sungai Long Pasia juga disebabkan oleh pertembungan air banjir dari Sungai Padas di Tenom,” menurut kenyataan itu.

    Cuaca pada petang ini di kawasan itu mendung namun paras air di Sungai Long Pasia semakin menurun.

    Kenyataan itu memberitahu setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka manakala Jalan Long Pasia-Meligan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.

    “Penghantaran bantuan bakul makanan kepada penduduk terjejas akan dilakukan esok dengan menggunakan pacuan empat roda,” menurut kenyataan itu.

    Kampung Long Pasia yang mempunyai kira-kira 700 penduduk terletak di kawasan tanah tinggi Malingan pada ketinggian 1,000 meter dari aras laut dan sekitar 300 kilometer dari barat daya Kota Kinabalu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...