Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    30 sertai kursus Fardu Kifayah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Koperasi Serba guna Persatuan Buhur (KSPB) Kampung Jerudong Berhad dengan kerjasama ahli Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam Kampung Jerudong telah mengadakan Kursus Fardu Kifayah, hari ini.

    Kira-kira 30 orang ahli wanita KSPB dan penduduk di Kampung Jerudong menghadiri kursus berkenaan yang diadakan di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong.

    Kursus yang dikendalikan oleh dua tenaga pengajar dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memfokuskan kepada pembelajaran teori dan praktikal pengurusan dan penyempurnaan jenazah.

    Semasa kursus berkenaan para ahli berkesempatan mempelajari cara penyediaan kain kafan, tatacara memandikan jenazah sehinggalah teknik mengkafankan jenazah dengan betul dan sempurna.

    Kursus bermatlamat untuk mendedahkan para ahli tentang tata cara pengurusan jenazah yang sekali gus dapat menambah jumlah penggapai yang berkemahiran di kampung berkenaan.

    Program yang diadakan secara berperingkat itu akan diteruskan pada 13 Mac dan khusus bagi ahli lelaki KSPB dan penduduk di Kampung Jerudong.

    KSPB sentiasa berusaha untuk memberikan pelbagai latihan dan kemahiran untuk memantapkan bidang keagamaan, sosial dan kemasyarakatan para pesertanya.

    Tenaga pengajar dari (KHEU) mengajarkan cara pengurusan jenazah dengan sempurna.
    Antara yang menyertai Kursus Fardu Kifayah yang diadakan di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...