Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    348 amil dilantik

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Seramai 348 orang amil telah dilantik bagi 142 kawasan tempat mengutip zakat di seluruh negara, iaitu Daerah Brunei dan Muara seramai 196 orang amil bagi 81 kawasan, di Daerah Belait seramai 24 orang amil bagi 15 kawasan, di Daerah Tutong seramai 54 orang amil bagi 30 kawasan dan di Daerah Temburong seramai 26 orang amil bagi 12 kawasan.

    Manakala Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) pula, seramai 48 orang amil yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan jabatan tersebut telah dilantik untuk mengutip zakat di keempat-empat daerah.

    Sehubungan dengan itu, Majlis Penyampaian Tauliah Amil Zakat Fitrah dan Harta kepada amil-amil yang dilantik di seluruh negara bagi 1443H-1444H bersamaan 2022M-2023M telah diadakan di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis, Madang.

    Hadir sebagai tetamu kehormat majlis tersebut dan seterusnya menyampaikan sijil tauliah amil ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar selaku naib yang dipertua MUIB.

    Sementara itu, majlis yang sama juga diadakan di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil tauliah kepada amil-amil ialah Ketua Hakim Syar‘ie, Yang Berhormat / Yang Amat Arif Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, selaku ahli MUIB.

    Di Daerah Belait pula, majlis berlangsung di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait dan sijil tauliah disampaikan oleh Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Adanan bin Haji Basar, selaku ahli MUIB.

    Manakala di Daerah Tutong, sijil tauliah amil disampaikan oleh Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal selaku ahli MUIB di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

    Di Daerah Temburong majlis diadakan di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar dan disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang, selaku ahli MUIB.

    Yang Berhormat Ketua Hakim Syar‘ie semasa menyampaikan sijil tauliah amil kepada amil-amil yang dilantik pada majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...