Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    35 maut dalam serangan udara di Ukraine

    LVIV, UKRAINE, 13 MAC – Kira-kira 35 orang meninggal dunia manakala lebih 130 lagi cedera ketika tentera Rusia melancarkan serangan udara ke atas lapangan latihan tentera di luar bandar barat Lviv, Ukraine, dekat sempadan bersama Poland, kata pegawai tempatan hari ini.

    Rusia ‘melancarkan serangan udara ke Pusat Pengaman dan Keselamatan Antarabangsa,” kata ketua pentadbiran serantau Lviv, Maksym Kozytsky, dalam laman Facebooknya.

    “Saya terpaksa mengumumkan, bahawa, malangnya kita telah kehilangan lebih ramai wira: 35 orang maut akibat pengeboman di Pusat Pengaman dan Keselamatan Antarabangsa,” kata Kozytsky dalam Telegram, mengemas kini jumlah awal daripada sembilan.

    “Seramai 134 lagi cedera dirawat di sebuah hospital tentera,” tambahnya, mengatakan maklumat jumlahnya masih lagi dikemaskini.

    Kebakaran di pangkalan hampir dipadamkan sepenuhnya dan pakar bahagian mercun sedang memeriksa sisa-sisa terbakar, kata gabenor.

    Askar-askar Ukraine berlindung daripada tembakan artileri di Irpin, pinggir Kyiv, Ukraine pada 13 Mac. – AP

    Pangkalan tentera di Yavoriv, terletak kira-kira 40km barat laut bandar itu merupakan pusat latihan bagi pasukan Ukraine bersama pengajar asing, termasuk dari Amerika Syarikat dan Kanada.

    Ia juga salah satu hab bagi latihan bersama melibatkan tentera Ukraine dan sekutu NATO.

    Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksiy Reznikov berkata ‘pengajar asing bekerja di sini’, walaupun ia tidak jelas sama ada mereka ada di sana semasa serangan itu.

    Tentera asing meninggalkan Ukraine sejurus sebelum Rusia melancarkan serangan ke atas jirannya yang pro-Barat pada 24 Februari.

    Amerika Syarikat berkata pada 12 Februari ia telah mengundurkan 150 daripadanya pengajar dari Ukraine.

    Reznikov mengecam pengeboman itu sebagai ‘serangan pengganas baharu ke atas keamanan dan keselamatan dekat sempadan EU-NATO’, menggesa bagi pelaksanaan zon larangan terbang.

    “Tindakan perlu diambil untuk menghentikannya. Tutup ruang udara!” tulisnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Albanese tolak hujah China dakwa Australia bersalah

    MELBOURNE, 8 MEI - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini menolak hujah China bahawa Australia bertanggungjawab atas pertemuan berbahaya pada hujung minggu antara...