Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    88 pelajar pra-vokasional terima sijil

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Kementerian Pendidikan melalui Unit Sokongan Pembelajaran Bahagian Menengah, Jabatan Pendidikan Khas telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Pelajar Program Pra-Vokasional bagi sesi 2017-2021 secara maya, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman yang turut menyampaikan ucapan ringkas, menekankan mengenai komitmen kementerian memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran anak bangsa dapat diteruskan dengan lancar meskipun berdepan pandemik COVID.

    Seramai 88 pelajar yang telah menamatkan program pra vokasional diraikan pada majlis itu yang turut dimeriahkan dengan persembahan klip video yang memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa Bootcamp Project sebelum diteruskan dengan acara kemuncak iaitu sesi penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar yang diraikan beserta penyampaian sijil penghargaan kepada empat orang guru Bantuan Keperluan Pendidikan Khas (SENA) dan seorang guru kelas yang telah bersara.

    Ia diselajurkan dengan penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada 14 buah syarikat yang terlibat dalam menjayakan program penempatan kerja.

    Menurut kenyataan yang diberikan, program pra-vokasional merupakan program lima tahun yang dirancang khusus untuk memenuhi keperluan pelajar berkeperluan khas di sekolah menengah kerajaan selain membantu para pelajar untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran asas mereka seperti kemahiran hidup berdikari, sosial dan komunikasi dan sebagainya.

    Dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperolehi sepanjang mengikuti program tersebut akan dapat mempersiapkan diri mereka dan sekali gus dapat menyumbang kepada pembangunan dan kejayaan negara.

    Awang Aliuddin bergambar ramai bersama para pelajar pada majlis penyampaian sijil yang diadkan secara maya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...