Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    39 jurulatih terima sijil profesional

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Seramai 39 orang peserta Program Persijilan Latihan Pelatih kendalian Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH telah menerima pensijilan profesional sebagai jurulatih pada majlis yang berlangsung di Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH dan secara maya, baru-baru ini.

    Hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap di Ke-menterian Tenaga, Haji Azhar bin Haji Yahya; Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH, Awang Alias Haji Abu Bakar, pengarah-pengarah, pengarah urusan, wakil-wakil daripada PTB-NISAI, Jawatankuasa Pandu Industri Tenaga Manusia (MISC) Industri Tenaga, Majlis Akreditasi Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNAC) dan Pihak Berkuasa Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kebangsaan (SHENA) serta pihak pengurusan dan kakitangan SEAMEO VOCTECH.

    Program latihan pelatih itu ialah program latihan utama pusat serantau TVET berkenaan dengan matlamat untuk menyediakan para pelatih yang berkualiti dan cekap untuk tenaga kerja dan menyumbang kepada pembangunan dan kemapanan ekonomi negara.

    Pusat itu telah menjalankan tujuh bahagian latihan dengan 82 orang peserta setakat ini, 12 daripadanya telah menerima pensijilan mereka tahun lalu, manakala itu, 29 peserta akan menyertai rakan-rakan latihan mereka setelah syarat dipenuhi.

    Haji Azhar dalam ucapannya berkata, untuk menyediakan dan membangunkan tenaga kerja secara berterusan, peranan jurulatih industri adalah sangat penting.

    “Tanpa jurulatih yang bertauliah adalah sukar untuk memastikan kualiti latihan dan kualiti pelatih. Saya amat gembira melihat perkembangan Negara Brunei Darussalam dalam menangani isu kekurangan jurulatih bertauliah melalui program latihan dan pensijilan ini,” ujarnya.

    Haji Azhar menyampaikan sijil pada majlis yang berlangsung di Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, baru-baru ini. – Gambar serahan SEAMEO VOCTECH
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...