Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Ivermectin tidak berkesan kurangkan kemasukan ke hospital

    SYDNEY, 31 MAC – Satu kajian daripada penyelidikan antarabangsa dan Australia telah menemukan bahawa ubat antiparasit, Ivermectin, tidak berkesan dalam mengurangkan kemasukan ke hospital akibat COVID.

    Kajian yang disiarkan dalam New England Journal of Medicine hari ini, adalah keputusan daripada kajian rawak dua pihak ke atas kira-kira 3,515 pesakit.

    Dua kumpulan seramai 679 pesakit yang mengalami simptom COVID selama tujuh hari dan kira-kira satu mengalami faktor risiko bagi perkembangan penyakit itu, telah secara rawak diberi Ivermectin sekali untuk tiga hari atau plasebo.

    Profesor Craig Rayner, bekas penyelidik dari Universiti Monash dan merupakan Certara Distinguished Scientist, terlibat dalam projek itu menerusi platform percubaan antarabangsa, TOGETHER ClincalTrials.

    “Kajian menemukan bahawa, keseluruhannya, rawatan menggunakan Ivermectin ke atas pesakit dengan diagnosis awal COVID tidak dapat mengurangkan keperluan bagi kemasukan ke hospital,” ujarnya kepada Xinhua hari ini. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...