Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Acara pembukaan sukan komanwel gilang-gemilang

    BIRMINGHAM, 29 JULAI – Sukan Komanwel Birmingham 2022 kini bermula dengan rasminya selepas acara perasmian penuh gilang-gemilang yang berlangsung di hadapan 30,000 penonton di Stadium Alexander, Perry Barr.

    Acara pembukaan yang menerima sentuhan Martin Green yang bereputasi antarabangsa sebagai ketua acara Sukan Olimpik London 2012, selain Steven Knight iaitu pencipta dan penulis siri televisyen yang terkenal ‘Peaky Blinders’,  telah memaparkan ‘DNA’ Birmingham dan West Midlands.

    Memaparkan bandar raya mewah dan sejarah yang pelbagai, pertunjukan yang penuh bertenaga telah dibahagikan kepada beberapa babak iaitu ‘Call to Gather’, ‘Everything to Everybody’, ‘Hear My Voice’ dan ‘Raging Bull’, dengan pertunjukan lampu yang hebat dan bunga api menakjubkan, yang memenuhi setiap saat di sepanjang acara dua jam setengah yang penuh magis.

    Pertunjukan berpaksikan sekitar cerita mengenai Stella, yang dilakonkan oleh Lorell Boyce dan ‘The Dreamers’ satu kumpulan atlet muda dari sekitar negara-negara Komanwel yang meneroka Birmingham pada waktu lalu dan sekarang.

    Selepas itu, penganjur memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth II yang meraikan Jubli Platinumnya menandakan sambutan ke-70 tahun pemerintahannya, dengan berkongsi kisah keghairahan dan komitmen baginda terhadap Komanwel, bermula dengan ucapan Komanwel pertamanya sebagai seorang puteri raja muda.

    Ia diikuti dengan kemunculan boneka gergasi yang mewakili tokoh sastera, pemuzik, dan saintis terkenal dalam sejarah, termasuk penampilan istimewa daripada ikon ‘senyap’  di seluruh dunia, Charlie Chaplin.

    Sebelum ‘Hear My Voice’, yang mengiktiraf kehadiran ke Birmingham serta wira yang tidak didendangkan dalam pandemik COVID, babak itu bermula dengan aktivis pendidikan wanita Pakistan dan pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2014, Malala Yousafzai, membuat penampilan istimewa dengan menyampaikan ucapan penuh bertenaga, berkongsi harapannya terhadap penyertaan wanita dalam segenap masyarakat. – Bernama

    Peserta mengambil bahagian dalam upacara pembukaan Sukan Komanwel di Stadium Alexander di Birmingham, England. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...