Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Jangan ambil kesempatan pekerja jalani kuarantin

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Syarikat-syarikat swasta diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan terhadap pekerja-pekerja yang telah diarahkan untuk menjalani kuarantin semasa penularan COVID-19 di negara ini dengan mengenakan tindakan-tindakan seperti memotong gaji atau membuang kerja.

    “Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam sidang media sebelum ini, Perintah Pekerjaan 2009 memperuntukkan bagi seseorang pekerja untuk menda-patkan kelayakan cuti sakit dengan dibayar gaji penuh.”

    Perkara itu ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku wakil Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini. Menurut beliau lagi, pihak kerajaan memahami kesukaran yang dialami oleh sektor swasta dalam masa negara berdepan dengan pandemik COVID-19 ini.

    “Para pekerja dan majikan adalah dinasihatkan untuk sama-sama memikul beban dalam suasana yang harmoni dan muzakarah,” ujarnya.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...