Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    44 pelajar sertai sesi perkongsian

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 21 NOV – Germanischer Lloyd Offshore and Industrial Services (B) Sdn Bhd (DNV) telah mengadakan sesi kongsi sama yang bertempat di Bengkel Kimplan B di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Bolkiah (SBC) Seria, hari ini.

    Bengkel bertujuan untuk membantu memperkenalkan dan menyerlahkan kepentingan mengenai non-destructive testing (NDT) dan bagaimana ia menyumbang kepada keselamatan keseluruhan merentasi pelbagai disiplin.

    Seramai 44 pelajar NTec dalam bidang kimplan hadir mengikuti sesi berkenaan dan diiringi oleh tenaga pengajar.

    Dalam pada itu, bagi membantu memudahkan aktiviti yang dijalankan, peserta dari DNV yang terdiri daripada wakil serta pasukan pemeriksa syarikat telah menubuhkan beberapa booth untuk membantu membincangkan dan memfokuskan pelbagai bentuk NDT yang digunakan dalam bidang berkenaan.

    Ini termasuk Ujian Dye Penetrant, Ujian Ultrasonik, Ujian Radiografi, Ujian Arus Pusar, Ujian Zarah Magnet dan Ujian Visual dengan masing-masing diketuai oleh pemeriksa dari DNV mempamerkan bagaimana ujian dijalankan melalui pembentangan serta pameran praktikal.

    Di samping itu, sebagai salah satu sesi perkongsian pertama yang dijalankan oleh DNV pada tahun 2022, ia mewakili salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam memberi kembali kepada masyarakat, terutamanya dalam membantu memberi inspirasi dan membimbing generasi pemeriksa tempatan Brunei untuk sentiasa memikirkan keselamatan dan sedar tentang pelbagai teknik dan teknologi yang digunakan dalam bidang NDT.

    Dengan sambutan positif yang diterima, DNV berharap agar sesi perkongsian antara pelajar institut pengajian tinggi seperti ini akan terus dijalankan pada masa hadapan.

    Antara peserta yang hadir semasa sesi kongsi sama berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...