Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    450 Rohingya sambut Aidilfitri di pantai, ditahan

    COX’S BAZAR, BANGLADESH, 5 MEI – Polis Bangladesh hari ini menahan 450 etnik Rohingya menyambut Aidilfitri di pantai, kata pegawai hari ini, yang menandakan kebencian semakin memuncak terhadap golongan pelarian itu.

    Bangladesh melarang sama sekali kira-kira 920,000 orang, sebahagian besarnya pelarian Rohingya beragama Islam, daripada meninggalkan kem pelarian yang dipagari kawat berduri di bahagian tenggara di mana mereka ditempatkan selama hampir lima tahun.

    Kebanyakannya lari ke Bangladesh selepas tindakan keras tentera di Myanmar pada 2017.

    Jurucakap polis, Rafiqul Islam, memberitahu AFP bahawa anggota polis menahan ‘lebih 450 Rohingya’ dalam operasi di pekan Cox’s Bazar lewat semalam, pada hari kedua Aidilfitri.

    Katanya, operasi terbabit adalah sebahagian daripada ‘langkah kese-lamatan’ di pusat peranginan terbesar Bangladesh, yang menarik jutaan pelancong ketika musim cuti termasuk Aidilfitri.

    “Rohingya terlibat dalam pelbagai jenayah, tidak selamat bagi pelancong kita dan kami bertindak memperketatkan kawalan keselamatan.

    “Memandangkan pelancong banyak berkunjung ke Cox’s Bazar semasa Aidilfitri, kami meningkatkan rondaan bagi menjaga keselamatan,” katanya. – AFP

    Polis mencatat butiran pelarian Rohingya yang ditahan di pantai, di balai polis Sadar Model, Cox’s Bazar pada 4 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...