Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Bengkel fokus penguatkuasaan undang-undang

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Seramai 40 orang pegawai dari jabatan-jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) telah mengikuti bengkel tatacara melaksanakan penguatkuasaan undang-undang ke 1/2022 yang diadakan di Dewan Serbaguna Tingkat 6, KHEDN, hari ini.

    Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Perundangan, Antarabangsa dan Penyelidikan) di KHEDN, Haji Ahmad Nizam bin Dato Paduka Haji Ismail. Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan KHEDN.

    Haji Ahmad Nizam dalam ucapannya berkata, sebagai salah satu agensi kerajaan yang menjalankan isu keselamatan negara, amatlah penting bagi mereka untuk sentiasa komited dalam mengekalkan tahap kesiapsiagaan dan kesediaan dalam menangani apa juga isu keselamatan yang boleh mengancam kesejahteraan Negara Brunei Darussalam.

    Bagi mencapai matlamat ini, tambah beliau, ia memerlukan pengetahuan melalui pembelajaran peningkatan kapasiti pegawai-pegawai secara berterusan.

    Beliau berkata, matlamat utama bengkel itu adalah sebagai pendedahan kepada peserta dari setiap agensi dalam melaksanakan tugasan seharian kepada tugasan yang kompleks dengan berlandaskan kepada akta, peraturan dan dasar, supaya ia dikuatkuasakan dengan lebih berkesan dan bersistematik di samping melahirkan pegawai-pegawai pendakwaan di setiap agensi.

    Seterusnya, bengkel berkenaan diharap akan dapat dijadikan sebagai platform dalam menilai tahap keberkesanan prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada dan seterusnya bagi mengkaji semula SOP berkenaan jika perlu.

    Beliau turut menasihatkan kepada pegawai-pegawai untuk mengambil peluang kursus berkenaan bagi meningkatkan kapasiti dan potensi diri serta sama-sama mengenal pasti jurang yang ada dari segi keupayaan prosedur, komunikasi dan logistik untuk memantapkan lagi keselamatan dan sekuriti negara.

    Salah seorang pegawai menyampaikan taklimat pada bengkel yang diadakan di Dewan Serbaguna Tingkat 6, KHEDN, kelmarin. – Gambar serahan KHEDN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...