Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    5 maut akibat runtuhan di lombong arang batu

    NEW DELHI, 2 FEB – Lima maut dalam kejadian runtuhan di lombong arang batu terbiar di negeri Jharkhand, timur India.

    Dalam kejadian itu seorang lelaki dan empat wanita maut ketika sedang mengumpul arang batu, milik Coal India Ltd, di wilayah Dhanbad, kelmarin, lapor media tempatan.

    “Beberapa pelombong arang batu dari kawasan berhampiran ke tempat seperti itu setiap hari. Dan kebanyakannya adalah wanita,” ketua pegawai kanan polis Dhanbad, Sanjeev Kumar dipetik sebagai berkata dalam satu laporan.

    Jharkhand antara negeri termiskin di India tetapi menyumbang kira-kira 40 peratus sumber mineral negara.

    Menjadi kebiasaan bagi rakyat miskin dan pelombong haram mengumpul arang batu atau bahan lain dari tapak perlombongan berbahaya, dan sering ditimpa kemalangan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...