Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    50 keluarga mualaf seluruh negara terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Lebih kurang 50 buah keluarga mualaf di seluruh negara iaitu 15 buah keluarga di Daerah Brunei Muara, 15 di Daerah Tutong, 10 di Daerah Temburong dan 10 di Daerah Belait telah menerima sumbangan dalam Program Ma‘idatur Rahman (Hidangan dari Allah), hari ini.

    Program menyantuni dan memberikan sokongan berbentuk barangan harian kepada golongan yang memerlukan, terutamanya para mualaf dan keluarga mereka itu telah berlangsung di Lobi Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah (PDI).

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Dianjurkan oleh Belia Muallaf As-Syahadah dan peserta Program Muallaf Mantap dengan kerjasama Urus Setia Program Keagamaan Belia, PDI, program itu merupakan aktiviti sampingan bagi Program Mualaf Mantap untuk mengeratkan silaturahim peserta dan ahli-ahli Jawatankuasa Belia Mualaf As-Syahadah.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Sayyidul Istighfar dan doa memohon perlindungan daripada segala penyakit oleh ahli Jawatankuasa Belia Mualaf As-Syahadah, Awang Muhammad Firas bin Kalong.

    Kemudian acara diteruskan dengan tetamu kehormat menyerahkan barang makanan keperluan asasi secara pandu lalu kepada ahli jawatankuasa Belia Mualaf As-Syahadah dan peserta Program Mualaf Mantap.

    Barangan keperluan asasi berkenaan akan diagihkan ke rumah penerima-penerima bantuan berkenaan.

    Tetamu kehormat juga mengikuti rombongan ke Daerah Temburong dan menyerahkan bantuan kepada dua buah keluarga iaitu keluarga Dayang Hafsah binti Abdullah di Kampung Sibut dan keluarga Dayang Arinah binti Abdullah Ambu di Kampung Sumbiling Lama.

    Haji Abdul Rajid menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...