Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    6 pegawai PPDB naik pangkat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, enam orang pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah dinaikkan pangkat yang berkuat kuasa pada 3 Ogos.

    Majlis penyampaian tanda pangkat telah diadakan hari ini di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat PPDB dan dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

    Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin dan isteri, pengarah-pengarah dan timbalan pengarah jabatan, pegawai-pegawai kanan serta ahli keluarga pegawai yang diraikan.

    Pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat terdiri daripada empat orang ke penolong penguasa polis dan dua orang pegawai dinaikkan pangkat menjadi ketua inspektor polis.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bergambar ramai bersama pegawai yang dinaikkan pangkat. – Gambar serahan PPDB

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...