Saturday, June 10, 2023
22.5 C
Brunei

    -

    72 serangan sasar kemudahan kesihatan Ukraine

    MOSCOW, 28 MAC – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan sebanyak 72 serangan menyasarkan institusi penjagaan kesihatan yang menyebabkan 71 kematian sejak operasi ketenteraan Rusia di Ukraine bermula, kata setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

    “Hak untuk penjagaan kesihatan mesti dilindungi,” kata Antonio Guterres menerusi media sosial, lapor Sputnik.

    Rusia berulang kali menuduh pasukan separa tentera Ukraine menggunakan infrastruktur awam untuk menyerang kedudukan tentera Rusia, termasuk menjadikan hospital dan bangunan kediaman sebagai lokasi strategik melepaskan tembakan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kucing peliharaan bunuh 300 juta haiwan di Australia

    CANBERRA, 9 JUNĀ - Kucing peliharaan membunuh ratusan juta haiwan asli Australia setiap tahun, lapor Xinhua memetik penyelidikan Australia. Menurut laporan baharu Majlis Biodiversiti, Majlis Spesies...
    - Advertisment -