Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    7,800 hektar tanaman padi KADA terjejas

    KOTA BHARU, 3 MEI – Sejumlah 7,800 daripada keseluruhan 26,833 hektar tanaman padi di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) terjejas ekoran cuaca panas dan kemarau yang berlaku di negeri ini.

    Pengurus Besar KADA, Mohd Faizul Mustafa berkata antara jajahan yang terlibat ialah Pasir Puteh, Bachok, Pasir Mas, Kota Bharu Utara dan Kota Bharu Selatan.

    “Penanaman padi musim kedua 2022 bermula Disember tahun lepas dan dituai sepanjang April tahun ini agak terjejas kerana terkesan dengan peralihan monsun.

    “Daripada tinjauan yang dilakukan, kami dapati kira-kira 390 petani terkesan dengan masalah ini,” katanya kepada Bernama, hari ini.

    Mohd Fairuz berkata, cuaca panas yang berpanjangan sangat memberi kesan kepada tanaman padi kerana menyebabkan air di dalam sawah semakin berkurangan dan seterusnya tanah sawah menjadi kering.

    Katanya, keadaan itu akan menjejaskan perkembangan pokok padi dan apabila keadaan menjadi semakin teruk, pokok padi akan terbantut dan buah menjadi hampa atau tidak berisi.

    Mohd Fairuz berkata, cuaca panas juga menyebabkan sumber air menjadi terhad dan pembekalan air ke sawah terpaksa dilaksanakan mengikut penggiliran.

    “Dalam keadaan ini, pokok padi yang memerlukan air untuk tumbuh dan membentuk tangkai terganggu dan penghasilan padi akan terjejas sekali gus mengurangkan kualiti hasil pertanian selain menjejaskan pendapatan petani,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...