Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    8 kanak-kanak sekolah mati ditembak

    BELGRADE, SERBIA, 3 MEI – Seorang remaja lelaki melepaskan tembakan di sebuah sekolah di ibu negara Serbia hari ini, membunuh lapan kanak-kanak dan seorang pengawal sekolah, kata polis. Enam lagi kanak-kanak dan seorang guru cedera dan dimasukkan ke hospital.

    Polis mengenal pasti penembak dengan parap K.K., dan berkata dia telah melepaskan tembakan menggunakan pistol bapanya. Dia ditangkap di perkarangan sekolah, kata polis.

    Satu kenyataan mengenal pastinya sebagai pelajar di sekolah di tengah Belgrade dan lahir pada 2009.

    Polis berkata mereka menerima panggilan mengenai tembakan di sekolah rendah Vladislav Ribnikar sekitar 8:40 pagi. Sekolah rendah di Serbia mempunyai lapan gred, bermula dengan gred satu.

    Rakaman media tempatan dari tempat kejadian menunjukkan kekecohan di luar sekolah ketika polis mengeluarkan suspek, yang kepalanya ditutup semasa pegawai membawanya ke sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan.

    Seorang ibu menemani anaknya selepas kejadian tembakan di sebuah sekolah di ibu negara Belgrade kelmarin. – AFP
    Pegawai polis mengiringi pelajar gred tujuh yang disyaki melepaskan tembakan pada sekolah di ibu negara Belgrade kelmarin. – AFP

    Milan Milosevic, yang berkata anak perempuannya berada dalam kelas sejarah ketika tembakan berlaku, memberitahu televisyen N1 bahawa dia bergegas keluar apabila mendengar apa yang berlaku.

    “Saya bertanya di mana anak saya tetapi tiada siapa yang boleh memberitahu saya apa-apa pada mulanya,” katanya. “Kemudian dia menelefon dan kami mendapati dia tiada di kelas.”

    “Dia (penembak) melepaskan tembakan terlebih dahulu ke arah guru dan kemudian kanak-kanak yang bersembunyi di bawah meja,” Milosevic memetik anak perempuannya sebagai berkata.

    “Dia berkata penembak seorang budak yang pendiam dan seorang pelajar yang baik.”

    Polis menutup blok di sekeliling sekolah, di tengah-tengah Belgrade. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...