Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    8 syarikat diberikan kebenaran urus haji, umrah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Lapan buah syarikat pelancongan telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej haji dan umrah selama tiga tahun bermula tahun ini (1443H-1445H).

    Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi Jabatan Urusan Haji hari ini memberikan kebenaran itu kepada lapan syarikat iaitu Darussalam Holdings Sdn Bhd, Straits Central Agencies Sdn Bhd, Raudah Al-Amin Sdn Bhd, Continental Yachting Sdn Bhd, Syarikat Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn Bhd, Al-Hijrah Travel & Tours Sdn Bhd, Titian Travel & Tours Sdn Bhd dan At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd.

    Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat menunaikan ibadah haji dan umrah dikehendaki mengikuti pakej-pakej daripada syarikat yang disenaraikan bagi memastikan urusan perjalanan haji dan umrah berjalan lancar dan teratur.

    Lapan buah syarikat pelancongan di negara ini telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej haji dan umrah.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...