Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    9 maut nahas van di Filipina

    MANILA, 7 FEB – Sembilan orang termasuk seorang anak damit terbunuh di utara Filipina selepas van yang dipandu laju, hilang kawalan di simpang dan melanggar barisan rumah di pinggir sebuah lebuh raya, kata polis hari ini.

    Mangsa-mangsa sedang berhimpun di beranda rumah kawan mereka selepas acara berjaga malam di bandar Lal-Lo, wilayah Cagayan pada malam Sabtu ketika kemalangan itu berlaku.

    “Mereka sedang lepak apabila sebuah van yang dipandu laju, melanggar mereka,” ketua polis Lal-Lo, Jefferson Mukay memberitahu AFP.

    Kenderaan utiliti sukan dan beca juga dilanggar.

    Pemandu van dan pemandu juga cedera dan dibawa ke hospital.

    Mukay mengatakan pemandu itu akan didakwa membunuh dengan sengaja dan kesalahan lainnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...