Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    9 pelajar SMSAB tamat penempatan kerja dirai

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Sembilan pelajar dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar (SMSAB) yang telah menamatkan penempatan latihan kerja selama dua bulan di bawah Program Pearson Business and Technology Educational Council (BTEC) Peringkat 2 dalam bidang Hospitaliti diraikan pada majlis penutup yang berlangsung di Hotel Times, baru-baru ini.

    Pelajar berkenaan telah menjalani penempatan latihan kerja di Hotel Times, SugarBun dan Pezzo bermula dari Oktober hingga November.

    Empat pelajar telah ditempatkan di Times Hotel, dua pelajar di SugarBun Manggis, seorang pelajar di SugarBun Times Square dan dua lagi pelajar di Pezzo Times Square.

    Pada majlis itu, Pengurus Operasi Hotel Times, Dayang Safawati binti Salim menyampaikan sijil kepada pelajar yang menjalani penempatan kerja di hotel berkenaan.

    Manakala itu, Pengurus Besar Kumpulan Syarikat Satami, Dayang Irene Sandra Liza binti Abang Isnawi menyampaikan sijil penyertaan kepada pelajar yang menjalani penempatan kerja di SugarBun dan Pezzo.

    Pengetua SMSAB, Sia Ai Chin berkata, “Pelajar telah memperoleh kemahiran, pengetahuan dan pengalaman kerja yang berharga selain mendapat ilmu dalam Program Pearson BTEC yang diikuti.”

    Beliau turut merakamkan penghargaan atas sokongan Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan dalam membantu sekolah menengah dan maktab kerajaan dalam mencari peluang penempatan latihan kerja yang bersesuaian mengikut kebolehan
    pelajar.

    Selain itu, beliau juga berterima kasih kepada Hotel Times dan Kumpulan Syarikat Satami atas sokongan mereka dalam menyediakan peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman dan kemahiran kerja yang berharga.

    Gambar ramai pelajar yang diraikan dalam majlis penutup penempatan latihan kerja. – Gambar serahan Jabatan Sekolah-sekolah
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...