Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    AC Milan jatuh kedudukan kedua Liga Serie A

    MILAN, 15 JAN – Usaha AC Milan untuk mempertahankan kejuaraan terjejas kelmarin, walaupun bangkit daripada ke-tinggalan dua gol untuk seri 2-2 di Lecce, juara bertahan itu berada sembilan mata di belakang pendahulu liga, Napoli.

    Rafeal Leao dan Davide Calabria berjaya menjaringkan gol sekali gus membaiki permainan yang agak suram pada babak separuh masa pertama yang disebabkan oleh gol sendiri Theo Hernandez dan tandukan Federico Baschirotto.

    Pasukan Stefano Pioli menunjukkan semangat juang untuk menyamakan kedudukan menentang Lecce, yang telah menewaskan Atalanta dan Lazio dalam dua perlawanan terakhir mereka di Stadio Via Del Mare.

    Tetapi keputusan seri, yang menjadikan Milan jatuh ke tangga kedua, satu mata di atas Juventus yang dikalahkan oleh Napoli pada Jumaat malam, menjejaskan usaha mereka untuk mengekalkan kejuaraan.

    Nasib malang melanda pasukan tersebut setelah kalah menentang Roma pada hujung minggu lalu dan kemudian disingkirkan daripada Piala Itali pada peringkat 16 terakhir oleh 10 orang pemain Torino pada pertengahan minggu lalu.

    “Sekarang kami perlu melihat kekurangan kami dan apa yang kami masih lakukan dengan lebih baik,” kata pemain tengah, Ismael Bennacer ketika ditanya sama ada Milan masih mempunyai peluang untuk mempertahankan kejuaraan mereka.

    “Kami adalah pasukan yang bagus, apabila kami menghadapi masalah ini kami mampu menyelesaikannya di atas padang.”

    Milan, yang bertandang ke Arab Saudi untuk Piala Super Itali menentang Inter Milan pada Rabu, kini hanya mendahului pesaing tempatan mereka dengan satu mata selepas Lautaro Martinez merembat kemenangan 1-0 ke atas Verona yang masih bergelut. – AFP

    Aksi pemain AC Milan Theo Hernandez, kiri, bertarung untuk mendapatkan bola dengan pemain Lecce, Lorenzo Colombo semasa perlawanan bola sepak Serie A antara Lecce dan AC Milan, di Lecce.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...