Wednesday, May 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Ady Daniel juara pertandingan kemahiran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Awang Ady Daniel bin Serani telah diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Kemahiran dalam bidang Pengkabelan Rangkaian Maklumat yang berlangsung di Sekolah Penerbangan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), baru-baru ini.

    Beliau merupakan pelajar yang mengikuti program HNTec dalam Rangkaian Komputer di Sekolah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

    Manakala itu, tempat kedua dimenangi oleh Dayang Nur Alimatu Asy Syakinah dan Awang Muhammad Syazwan bin Samra di tempat ketiga.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengetua IBTE Kampus Sentral, Awang Armi Durani bin Haji Durhman.

    Pertandingan itu telah disertai oleh enam peserta yang terdiri daripada tiga pelajar dari Sekolah Penerbangan, IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal dan Sekolah ICT, IBTE Kampus Jefri Bolkiah.

    Antara bidang kemahiran yang dipertandingkan termasuk Penyejukan dan Penyaman Udara, Memasak, Perkhidmatan Restoran, Penyelesaian IT untuk Perniagaan dan Pengkabelan Rangkaian Maklumat.

    Pelajar-pelajar tersebut telah bersaing untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam bidang penyambungan kabel.

    Lima kemahiran yang dikendalikan oleh IBTE dipertandingkan bagi memilih wakil negara ke pertandingan Worldskills ASEAN 2023 yang akan diadakan di Singapura pada Julai depan.

    Dengan penganjuran pertandingan seumpamanya, ia antara lain bertujuan untuk mempromosikan kecemerlangan dalam bidang tertentu.

    Selain itu, ia juga diadakan untuk menunjukkan kepentingan kemahiran-kemahiran tersebut bagi menghasilkan individu-individu berkemahiran tinggi yang akan membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara mengikut matlamat Wawasan Brunei 2035.

    (Dari kiri), Dayang Nur Alimatu Asy Syakinah, Awang Ady Daniel dan Awang Muhammad Syazwan bergambar bersama sijil dan piala masing-masing.
    Awang Ady Daniel semasa menyertai Pertandingan Kemahiran dalam bidang Pengkabelan Rangkaian Maklumat, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...