Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Jasmine seronok sambut Ramadan

    Menjalani ibadah puasa bukan perkara asing buatnya. Seperti tahun sebelumnya, pelakon Jasmine Suraya Chin tidak mahu ketinggalan berpuasa pada Ramadan bagi menghormati rakan dan peminat yang menjalani ibadah ini.

    Sungguhpun bukan beragama Islam, pelakon drama Adellea Sofea dan Bidadari Salju itu turut mempersiapkan diri.

    Kata Jasmine, dia sudah merencana berpuasa selama satu atau dua minggu, seperti tahun sebelum ini.

    “Saya akan cuba berpuasa, tahun ini tetapi mungkin bukan sepanjang Ramadan, hanya satu atau dua minggu. Sebelum ini, saya berpuasa selama lebih kurang seminggu.

    “Jujurnya, saya suka berpuasa sebab semua orang Islam berpuasa. Bila berpuasa, seolah-olah saya juga menyertai keseronokan itu.

    Jasmine merancang berpuasa selama satu atau dua minggu seperti tahun sebelumnya. – Agensi

    “Saya tidak pernah rasa berpuasa susah sebab saya lebih bertenaga apabila berpuasa. Tetapi ada juga rasa sedikit lemau selepas beberapa hari berpuasa.

    “Kalau ikutkan, ini adalah tahun keempat saya berpuasa. Saya bersahur, tetapi tidaklah saya bangun pada waktu tepat, ada masanya saya terlambat.

    “Ada juga hari saya menipu di mana saya minum pada awal pagi, kemudian sambung balik puasa,” katanya sambil ketawa kepada BH Online.

    Dan bagi memberi ruang pada Ramadan, Jasmine atau nama sebenarnya, Jasmine Suraya Chin Xian Mei mengambil masa berehat dan fokus pa-da perniagaannya jeruknya, Jeruk Jar.

    “Sepatutnya saya menjalani penggambaran drama bersiri terbitan Astro Originals, tetapi disebabkan ada masalah dengan skrip, mereka terpaksa menunda sehingga selepas Aidilfitri,” katanya ditemui pada sesi fotografi, baru-baru ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...