Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Afrika Selatan masih hadapi risiko banjir

    BLANTYRE, MALAWI, 16 MAC – Selepas empat hari ribut dan hujan, komuniti tempatan dan pekerja bantuan kini menghadapi kesan selepas Taufan Freddy yang telah membunuh lebih 250 orang dan beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal di seluruh Malawi dan Mozambique serta mungkin menimbulkan kerosakan berterusan.

    Taufan Freddy telah reda tetapi pusat pemantauan cuaca memperingatkan bahawa negara masih terdedah terhadap risiko banjir dan tanah runtuh.

    Sekurang-kurangnya 225 orang telah terbunuh di selatan Malawi, termasuk di ibu negara kewangan Blantyre, kata pegawai.

    Di Mozambique, pihak berkuasa berkata sekurang-kurangnya 53 orang telah terbunuh sejak Sabtu lepas, dengan 50,000 lebih lagi terpaksa berkongsi tempat tinggal.

    Para saintis berkata perubahan iklim disebabkan manusia telah memburukkan aktiviti taufan, menjadikannya lebih kuat dan lebih kerap berlaku.

    Taufan Freddy telah menyebabkan kemusnahan di selatan Afrika sejak akhir Februari, apabila ia melanda Mozambique serta pulau-pulau Madagascar dan Reunion.

    Freddy pertama kali terbentuk berhampiran Australia pada awal Februari dan melintasi seluruh Lautan Hindi selatan sebelum melanda Terusan Mozambique.

    Agensi cuaca Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengumpulkan panel pakar untuk menentukan sama ada ia telah memecahkan rekod sebagai taufan terpanjang dalam sejarah yang direkodkan, yang sebelum ini dicatatkan oleh Hurricane John selama 31 hari pada 1994. – AP

    Orang ramai melihat jentera menggali lumpur untuk mencari mayat di perbandaran Manje di Blantyre yang dilanda taufan Freddy baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...