Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Nikmati khidmat gunting rambut Rahmah

    GUA MUSANG, 16 MAC – Kurang tiga hari bermula sesi persekolahan 2023 yang baharu, 200 murid dan pelajar prasekolah, sekolah rendah dan menengah tidak melepaskan peluang mendapatkan khidmat gunting rambut percuma di Masjid Razaleigh, Bandar Lama, di sini semalam.

    Mereka yang berumur lima hingga 17 tahun berkenaan menikmati perkhidmatan yang mendukung Konsep Payung Rahmah saranan kerajaan, juga merupakan kerjasama antara pihak masjid dan kedai gunting rambut Brojaa Barber Shop bermula 8 pagi hingga 3 petang.

    Imam Tua Masjid, Razaleigh Othman Saufi berkata misi utama program tersebut untuk membantu ibu bapa meringankan bebanan kewangan bagi persediaan pembukaan sesi persekolahan yang baharu Ahad nanti.

    “Ini merupakan julung kali program seperti ini diadakan sebagai inisiatif bagi membantu ibu bapa terutama mereka mempunyai anak ramai, dan bertujuan merapatkan silaturahim antara pengurusan masjid dan masyarakat setempat serta menjadikan pusat ibadat ini sebagai pusat khidmat sosial.

    “Kebiasaannya, kos untuk gunting rambut kanak-kanak dan remaja di kedai adalah RM7 ke atas, tetapi mereka diberikan perkhidmatan percuma melalui program ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Tengku Razaleigh di sini. – Bernama

    Beberapa pelajar sekolah di sekitar Bandar Lama mendapatkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma ketika tinjauan di sebuah kedai gunting rambut di sini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...