Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Agih 2,000 kek pisang percuma meriahkan PRU15

    KOTA BHARU, 9 NOV – Sepasang suami isteri yang mengusahakan kedai kek mencipta kelainan bagi memeriahkan suasana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila mengagihkan 2,000 kek pisang yang dibungkus dalam plastik berserta pelekat ‘Undilah’ yang seakan-akan kertas mengundi.

    Aiman Ahmad Farid, 33, berkata agihan itu dilakukan sejak semalam dan diteruskan hari ini setelah mendapat sambutan menggalakkan.

    “Kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengagihkan kek pisang kepada pemandu kenderaan yang lalu-lalang di hadapan kedai kami.

    “Ada juga yang keliru sebab mereka ingatkan agihan ini daripada mana-mana calon parti tetapi kami sebenarnya sekadar memeriahkan suasana pilihan raya, ini merupakan inisiatif tersendiri daripada kedai Mr Mamahub,” katanya ketika ditemui pemberita di Jalan Pintu Geng, di sini hari ini.

    Aiman berkata untuk menyiapkan kek tersebut, mereka menggunakan 25 kilogram (kg) pisang jenis cavendish, 10kg tepung dan 10kg gula perang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...