Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Ahli kongres AS hampir ditikam

    NEW YORK, 22 JULAI – Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Lee Zeldin telah diserang hari ini semasa memberi ucapan dalam kempennya di New York, kata pejabat syerif tempatan.

    Anggota Republikan dari Daerah Pertama New York berkata penyerangnya cuba menikamnya, tetapi beliau berjaya menangkis serangan tersebut. Zeldin kini bertanding untuk jawatan gabenor negeri menentang saingannya, iaitu Demokrat Kathu Hochul bagi pilihan raya November ini.

    Semasa kejadian itu berlaku, beliau sedang berucap di hadapan orang ramai di Perinton sekitar jam 8 malam waktu tempatan, apabila seorang lelaki berusia 43 tahun yang kemudian dikenal pasti sebagai David Jakubonis telah menaiki pentas dan menyerangnya, menurut kenyataan pejabat syerif Monroe County.

    Penyerang tersebut memegang senjata di tangannya, menyasarkan pada leher Zeldin, dan memberitahunya, “Matilah kamu!,” lapor kenyataan itu.

    “Sebilangan yang hadir dan wakil daripada kempen kepimpinan Zeldin menahan lelaki itu sehingga pihak berkuasa tiba dan membawanya pergi. Tiada kecederaan dilaporkan,” tambah kenyataan itu.

    Rakaman serangan yang disiarkan dalam talian menunjukkan Zeldin, seorang bekas tentera, bercakap di hadapan helikopter tentera di pusat tentera, di atas pentas yang dihiasi jerami.

    Manakala penyerang tersebut, memakai seluar pendek, kemeja T dan topi besbol, menghampiri dengan perlahan sebelum calon pemimpin atau pasukannya menyedari ada se-suatu yang tidak kena. – AFP

    Pihak polis semasa menjalankan tugas di tempat kejadian di mana Lee Zeldin diserang oleh seorang lelaki di New York. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...