Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Al-Attiyah, Sunderland intai kemenangan Rali Dakar

    BISHA, ARAB SAUDI, 13 JAN – Pemandu dari Qatar, Nasser al-Attiyah dan penunggang dari Britain, Sam Sunderland hanya tinggal satu peringkat lagi untuk meraikan kemenangan dalam Rali Dakar selepas hari terakhir penuh aksi mendebarkan.

    Juara tiga kali, al-Attiyah mempunyai kelebihan 28 minit ke atas pelumba Perancis, juara sembilan kali dunia rali, Sebastien Loeb yang mendahului perlumbaan khas Jumaat lalu sejauh 164 kilometer.

    Loeb mengatasi pelumba berusia 51 tahun, al-Attiyah dengan mendahului empat minit hari ini dalam peringkat 346km dimenangi oleh pelumba veteran Sepanyol, Carlos Sainz yang mengemudi kereta Audi jenis hibrid.

    Ia adalah karier kejayaan ke-41 dalam peringkat Dakar untuk pelumba berusia 59 tahun itu, yang menjadi pemenang tiga kali dalam perlumbaan itu.

    Sunderland mungkin kegembiraan dalam khemahnya kerana dia hampir memenangi kejuaraan motosikal buat kali kedua. Pada 2017 dia menjadi warga Britain pertama yang memenangi salah satu kategori rali tersebut.

    Pelumba KTM berusia 32 tahun berpangkalan di Dubai itu mendahului hampir tujuh minit ke atas pelumba Chile, Pablo Quintanilla selepas dia menamatkan saingan di tempat kedua peringkat hari ini di belakang juara 2021, Kevin Benavides dari Argentina. Ia adalah kali keenam Sunderland mendahului secara keseluruhan acara tahun ini dan dia cukup berpengalaman untuk tidak menganggap dia sudah memenangi perlumbaan menjelang peringkat Jumaat.

    Pelumba Britain itu hanya perlu mememerhatikan pendahulu semalaman, Adrien van Beveren sebagai titik rujukan tentang apa yang boleh berlaku – pelumba Perancis itu ketinggalan empat kilometer untuk mara ke peringkat tersebut dan kini ketinggalan lebih 15 minit dari rentak perlumbaannya. – AFP

    Aksi Nasser Al-Attiyah dari Qatar dan pemandu bersamanya, Mathieu Baumel dari Perancis bersaing semasa Peringkat 11 Dakar 2022 di sekitar Bisha, Arab Saudi, 13 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...