Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Alaphilippe diberi peluang pertahankan kejuaraan

    PARIS, 13 SEPT – Julian Alaphilippe telah dinamakan dalam pasukan Perancis untuk memenangi kejuaraan dunia perlumbaan jalan raya ketiga berturut-turut, beberapa minggu selepas mengalami kecederaan bahu.

    Penyertaan pelumba berusia 30 tahun itu diragui apabila dia keluar dari Vuelta selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh pada peringkat ke-11 pada 31 Ogos lalu.

    Walaupun sebagai juara bertahan di mana satu tempat dikhaskan untuk Alaphilippe, dia telah membuktikan dia cukup cergas untuk mendapat tiket dalam penerbangan ke Australia dengan meneruskan latihan sejurus selepas terjatuh dalam perlumbaan.

    Dia berharap musim yang mengerikan itu akan berakhir dengan baik.

    Kejatuhan di Strade Bianchi pada awal Mac diikuti dengan ketiadaan Julian di Milan-San Remo disebabkan ‘bronchitis’ dan dia juga memulakan Tour of Flanders.

    Aksi para pelumba dari Quick-Step Alpha Vinyl, ketika melintasi garisan penamat pada penghujung peringkat ke-21 perlumbaan berbasikal Vuelta antara Las Rozas ke Madrid, Sepanyol, pada 11 September 2022. – AP

    Bagaimanapun, sejurus selepas itu, dia mengalami beberapa kecederaan apabila dia terlanggar pokok dalam kemalangan semasa klasik Liege-Bastogne-Liege.

    Dia tidak dapat beraksi untuk tempoh yang lama akibat itu, pertama di hospital dan kemudian menjalani pemulihan.

    Walaupun kembali dari kecederaan, dia telah diketepikan daripada pasukan Quick-Step untuk Tour de France dan kemudian dijangkiti COVID-19.

    “Dia melihat lebih banyak rumah sakit berbanding perlumbaan,” komen pengurus pasukan Patrick Lefevere.

    Nampaknya Lefevere lebih suka Alaphilippe terlepas kejuaraan dunia dan berlumba dalam klasik terakhir musim ini, Jelajah Lombardy, pada 8 Oktober akan datang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...