Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kelab Lions buat kunjungan ke rumah orang tua

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 13 SEPT – Kontinjen Kelab Lions telah mengadakan kunjungan ke Rumah Orang-orang Tua di Seria baru-baru ini, susulan pemeriksaan mata dan kesihatan pada bulan lepas.

    Mengetuai kontinjen kali ini ke pusat berkenaan ialah Presiden, Keith Wong; Naib Presiden Pertama Phyllis Jong; Bekas Presiden Johnny Cheong dan setiausaha kelab dan Pengerusi Daerah bagi Sight Preservation Awareness Action (Brunei Darussalam, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan) Joseph Teo, yang juga mantan presiden kelab berkenaan.

    Sebagai Pengerusi Daerah bagi Sight Prevention Awareness Action, Joseph menerangkan lawatan terdahulu menyaksikan kumpulan berkenaan membuat pemeriksaan mata dan kesihatan bagi warga emas yang menetap di sana.

    Lawatan kali ini merupakan kesinambungan kepada pemeriksaan mata di mana mereka telah menyerahkan enam pasang kaca mata preskripsi dan satu pasang cermin mata hitam yang ditaja oleh VisionCare, Kuala Belait.

    Joseph berkata lawatan ini merupakan tujuan penubuhan Kelab Lions iaitu memberi penjagaan rapi kepada warga emas agar mereka boleh menjalankan rutin sehari-hari
    dengan penglihatan yang jelas.

    Pengerusi Daerah bagi Sight Preservation Awareness Action (Brunei Darussalam, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan) memasangkan kaca mata kepada salah seorang warga emas. – Gambar serahan Lions Club Belait
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...