Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Alcaraz hanya fokus pada diri sendiri

    MONTE CARLO, MONACO, 14 APRIL – Carlos Alcaraz menegaskan bahawa penyingkiran mengejutnya di Monte Carlo Masters bukanlah akibat daripada kemasyhuran yang diperoleh mendadak yang menyaksikan dia menjadi pemain pilihan sebagai bakal juara Grand Slam dan pemain nombor satu dunia.

    Pemain Sepanyol berusia 18 tahun itu, pemain pilihan kelapan, disingkirkan 7-6 (7/2), 6-7 (5/7), 6-3 oleh pemain Amerika Syarikat, Sebastian Korda dalam pertembungan pusingan kedua mereka kelmarin.

    Alcaraz telah tiba selepas memenangi gelaran berprestij Miami Masters.

    Namun, pemain nombor 11 dunia tersebut telah ditewaskan oleh Korda dengan prestasi permainan yang menakjubkan di dalam gelanggang yang berlangsung selama lebih daripada tiga jam.

    “Saya agak kecewa dengan diri saya sendiri. Saya mempunyai banyak peluang untuk terus kekal dalam perlawanan dan hampir menang, tetapi kekalahan ini kadang-kadang diperlukan untuk terus maju. Awda perlu bermain dalam perlawanan,” kata Alcaraz.

    “Tetapi saya tidak memikirkan mengenai jangkaan orang ramai ter-hadap saya. Saya hanya fokus dengan diri sendiri dan apa yang perlu saya lakukan. Walau bagaimanapun, seperti yang saya katakan, awda perlu bermain lebih banyak perlawanan di gelanggang ini.” – AFP

    Aksi Carloz Alcaraz semasa mengembalikan bola kepada Sebastian Korda dalam perlawanan Monte Carlo ATP Masters di Monaco, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...