Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Alvarez intai peluang tamatkan karier Golovkin

    LOS ANGELES, 26 JUN – Saul ‘Canelo’ Alvarez berkata dia ingin menamatkan karier Gennady Golovkin ketika dua petinju berkenaan akan bertarung buat kali ketiga dan berkemungkinan buat kali terakhir pada tahun ini.

    Lima tahun sejak pertarungan pertama mereka berakhir dengan keputusan seri, ikon Mexico, Alvarez dan Golovkin bakal bersemuka dalam pertarungan ketiga mereka di Las Vegas pada 17 September untuk mengakhiri persaingan mereka.

    Pertarungan tersebut bakal menyaksikan Golovkin berpindah ke divisyen super-middleweight, bercita-cita untuk merampas tali pinggang juara Majlis Tinju Dunia (WBC), Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF), Persatuan Tinju Dunia (WBA) dan Organisasi Tinju Dunia (WBO) daripada Alvarez.

    Perlawanan yang dinanti-nantikan itu akan berlangsung di T-Mobile Arena, yang akan menjadi perlawanan penentuan sejak pertarungan mereka beberapa tahun yang lalu.

    Petinju berusia 31 tahun, Alvarez dengan rekod 57-2-2, dan 39 knockout berkata dia ingin menamatkan karier Golovkin menerusi knockout.

    Selain itu, Alvarez menambah pertarungan dengan Golovkin akan menjadi sesuatu yang peribadi, ketika petinju dari Kazakhtan itu melontarkan cercaan kepadanya.

    Juara bertahan WBA dan IBF bagi kategori middleweight, tewas di tangan Alvarez dalam pertarungan kedua mereka pada September 2018 dengan keputusan kontroversi, menegaskan bahawa pertarungan ketiga mereka hanyalah satu urusan niaga. Golovkin dengan rekod 42-1-1, 37 knockout, kali terakhir bertarung pada April lalu, mendapatkan mata pada pusingan kesembilan dengan knockout menewaskan petinju dari Jepun, Ryota Murata.

    Sementara itu, Alvarez akan bertarung buat kali pertama sejak dikalahkan oleh Dmitry Bivol bulan lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...