Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Dua uji kereta elektrik NIO, maut

    BEIJING, 26 JUN – Dua orang yang terlibat dalam ujian untuk jenama kereta elektrik NIO maut apabila salah sebuah kenderaannya terjatuh dari tingkat tiga tempat letak kereta di Shanghai, menurut kenyataan syarikat itu pada Jumaat lalu.

    Nahas tersebut masih dalam siasatan tetapi ia dikatakan disebabkan oleh kemalangan dan “bukan berpunca daripada kenderaan itu,” kata syarikat NIO dalam satu kenyataan. Ia juga berkata bahawa dua orang pekerja yang meninggal dunia merupakan ‘penguji kabin digital,’ seorang daripada NIO dan seorang lagi daripada rakan kongsi.

    “Kenderaan tersebut telah dilaporkan terjatuh daripada tingkat tiga struktur tempat letak kereta bersebelahan dengan bangunan Shanghai Innovation Port syarikat itu,” jelas syarikat berkenaan.

    Gambar-gambar yang dimuat naik dalam media sosial China menunjukkan kenderaan tersebut dalam posisi senget dengan bumbung yang remuk, dikelilingi kaca pecah dan pekerja-pekerja kecemasan.

    NIO Incorporation, yang diasaskan pada tahun 2014, ialah hibrid China-Barat dengan pangkalan di Shanghai, London dan Silicon Valley. Ia merupakan jenama China berharga premium yang paling menonjol dalam industri kenderaan elektrik yang ditandingi dengan berpuluh-puluh pesaing. Pelabur awalnya termasuk syarikat gergasi teknologi China seperti Tencent, Baidu dan juga Lenovo.

    Syarikat tersebut turut mempunyai perkhidmatan yang membolehkan pemilik untuk menukar bateri kereta yang telah mati. Ia juga telah menubuhkan sebanyak 143 buah stesen pertukaran bateri di bandar-bandar Cina termasuk Beijing serta Shanghai. – AP

    Logo pembuat kereta China NIO dilihat di Pameran Kereta Shanghai di Shanghai pada 19 April 2021. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...