Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Anak kebanggaan Lun Bawang berentap di Lawas

    LAWAS, 7 NOV – Anun bala? (apa khabar?). Demikian sapaan Datuk Henry Sum Agong (gambar fail, Bernama) dalam bahasa suku kaum Lun Bawang kepada puluhan penyokong yang hadir pada satu majlis di Jalan Merapok di sini, baru-baru ini.

    Lenggok badannya yang tenang dan santai semasa bergaul dengan orang ramai merupakan manifestasi pengalaman ahli politik veteran itu yang merupakan Ahli Parlimen selama lima penggal. 

    Lawas, yang terletak kira-kira 1,000 kilometer ke utara Kuching, sememangnya tidak asing buat Henry yang juga wakil rakyat kawasan itu selama tiga penggal (2008 hingga 2022) dan sebelum itu sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas selama dua penggal (1999 hingga 2008).

    Kini berusia 76 tahun, beliau yang sekali lagi memasuki gelanggang pilihan raya umum sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Lawas, berharap agar diberi peluang untuk menyelesaikan tugas yang belum selesai. 

    Henry mencipta sejarah tersendiri pada 2016 apabila dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, sekali gus menjadi pemimpin sulung daripada komuniti Lun Bawang yang memegang jawatan Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...