Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    APM rancang buka lebih 20 cawangan pejabat pentadbiran di Sarawak

    KUCHING, 24 MAC – Angkatan Pertahanan Awam (APM) merancang membuka lebih 20 lagi cawangan pejabat pentadbirannya di daerah penuh di Sarawak.

    Pengarah Pertahanan Awam Sarawak Mohtar Samat berkata ketika ini pihaknya mempunyai  cawangan pejabat pentadbiran di 21 daripada 45 daerah di Sarawak.

    “Kita perlukan lebih 20 (cawangan pejabat pentadbiran APM di daerah penuh Sarawak), lagi untuk mencukupi. Walaupun itu mengambil masa, tetapi perancangan itu ada,” katanya selepas merasmikan Hari Ulang tahun Pertahanan Awam Ke-70 di Pusat Pertahanan Awam Negeri Sarawak (PUSPA) Jalan Bako, di sini, hari ini.

    Mohtar berkata pembukaan cawangan pejabat terbabit juga akan bergantung kepada keutamaan dan keperluannya di daerah yang kerap dilanda bencana.

    “Tahun ini, kita merancang (pembukaan cawangan pejabat pentadbiran APM) di Simunjan, Selangau dan Pakan,” katanya.

    Beliau berkata dengan adanya cawangan pejabat itu, APM di Sarawak akan lebih mudah menggerakkan anggotanya sekira berlakunya sebarang bencana. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...