Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    APMM Perlis gagalkan penyeludupan daun ketum

    KANGAR, 9 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis merampas 70 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM12,600 di kedudukan 3.1 batu nautika dari barat daya pantai Sungai Baru semalam.

    Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata rampasan tersebut dibuat hasil aduan orang awam melalui talian Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis berkaitan sindiket tempatan yang melakukan aktiviti menyeludup keluar daun ketum ke negara jiran.

    “Susulan itu, pihak APMM mengatur gerak aset laut serta pasukan operasi ke lokasi bagi melakukan pemantauan dan pengawasan di lokasi berkenaan lebih kurang 1:56 tengah hari semalam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

    Beliau berkata di lokasi tersebut anggota bot peronda menemukan empat bungkusan plastik hitam disyaki daun ketum terapung di laut dengan anggaran berat lebih kurang 70kg dipercayai cuba diseludupkan ke negara jiran.

    Modus operandi yang digunakan oleh penyeludupan  sama seperti tangkapan sebelum ini iaitu  menggunakan bot fiber enjin sangkut menuju ke sempadan Thailand untuk dipindah ke bot nelayan Thailand di sempadan perairan Malaysia dan Thailand, katanya.

    Beliau berkata aktiviti penyeludupan keluar daun ketum dilihat semakin aktif berikutan harga pasaran semasa di Thailand mencecah RM180 sekilogram berbanding RM70 sekilogram di pasaran tempatan.

    Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...