Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Taman Tuileries jadi pilihan

    PARIS, 27 MAC – Api Olimpik dijangka akan dinyalakan di Taman Tuileries berhadapan muzium Louvre sepanjang Paris Games pada bulan Julai dan Ogos, kata sumber yang terlibat dalam perbincangan kepada AFP.

    Keputusan untuk meletakkan kawah Olimpik di kawasan tumpuan pelancong di tengah bandar telah dibuat ‘beberapa minggu lalu’, kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

    “Tuileries muncul sebagai pilihan pertama kerana mudah di akses untuk orang ramai,” kata sumber itu.

    Terdapat spekulasi bahawa kawah obor itu mungkin diletakkan di Menara Eiffel, sementara penganjur juga bercadang untuk meletakkannya di halaman Louvre, muzium terbesar di dunia, kata sumber itu.

    Tuileries “adalah kawasan yang boleh dikawal dengan mudah. Pasukan keselamatan yang akan ada bertugas sepanjang masa untuk melindungi kawah obor dan orang ramai akan dapat melihatnya dari laluan pejalan kaki yang ditinggikan di sekitar taman itu,” tambah sumber itu.

    Penyalaan kawah adalah sangat penting semasa upacara pembukaan Sukan Olimpik, menandakan permulaan rasmi ekstravaganza sukan global.

    Tidak jelas sama ada kawah obor itu akan dinyalakan di dalam Tuileries atau ia akan dipindahkan ke sana selepas upacara pembukaan pada 26 Julai, yang akan berlangsung di atas bot di sepanjang sungai Seine berdekatan.

    Identiti orang yang diberi penghormatan untuk menyalakannya masih tidak diketahui, manakala butiran mengenai upacara pembukaan, yang akan berlangsung di luar stadium olahraga buat kali pertama adalah rahsia yang dijaga rapi.

    Penganjur berikrar untuk menjadikan Olimpik pertama di Paris dalam tempoh 100 tahun sebagai ‘ikon’. – AFP

    Orang ramai berjalan dan berjoging di Jardin des Tuileries pada 31 Mei 2020, tempat di mana kawah obor Olimpik dijangka akan dinyalakan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...