Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Armstrong catat rekod dunia kuak lentang

    WASHINGTON, 29 APRIL – Hunter Armstrong mencatat rekod dunia acara 50 meter (m) kuak lentang dengan masa 23.71 saat untuk layak ke Kejuaraan Renang Dunia 2022, ketika pemilihan Amerika Syarikat (AS) di Greensboro, North Carolina, semalam.

    Armstrong, 21, memecahkan rekod dunia 23.80s dicatatkan perenang Rusia, Kliment Kolesnikov di Kejuaraan Eropah di Budapest pada 18 Mei 2021.

    “Secara jujurnya, saya memang hilang kata-kata,” kata Armstrong selepas merebut tempat ke Kejuaraan Dunia dalam acara tiudak dipertandingkan di Sukan Olimpik itu.

    “Ia adalah sesuatu yang menjadi idaman saya dan kini saya seolah-olah berada di bulan.”

    Pemenang pingat emas Olimpik sebanyak tujuh kali, Caeleb Dressel mengesahkan tempat ke Kejuaraan Dunia buat kali ketiga selepas memenangi acara 100m kuak kupu-kupu.

    Dressel, yang mencipta rekod dunia 49.45s ketika menang pingat emas di temasya Olimpik Tokyo 2020, tahun lalu, mencatatkan 50.01s ketika saringan sebelum merekodkan 50.20s di final.

    Michael Andrew di tempat kedua dengan catatan 50.88s dan turut layak ke Kejuaraan Dunia di Budapest pada 18 Jun hingga 3 Julai depan.

    Dressel yang menang lima emas di Tokyo 2020 yang ditangguhkan kerana COVID, turut layak ke Budapest bagi acara 100m gaya bebas dan 50m kuak kupu-kupu.

    Andrew kembali untuk mencatat kemenangan acara kuak dada 50 meter dengan rekod AS 26.52s sekali gus menewaskan Nic Fink untuk satu-satunya tempat Kejohanan Dunia sebanyak tiga perseratus saat. – AFP

    Reaksi Hunter Armstrong selepas mencatat Rekod Dunia Kuak Lentang 50 meter di Pusat Akuatik Greensboro di Greensboro, Carolina Utara pada 28 April 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...