Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Arsenal bakal diuji Chelsea, Liverpool perlu atasi Spurs

    LONDON, 4 NOV – Arsenal akan berdepan ujian getir dalam mempertahankan kredibiliti mereka sebagai pencabar gelaran Liga Perdana apabila akan berkunjung ke Chelsea Ahad ini manakala Liverpool terdesak untuk mendapatkan kemenangan di Tottenham untuk kembali ke kelompok empat teratas.

    Berbaki hanya dua aksi liga sebelum liga ditutup untuk memberi laluan kepada Piala Dunia, Arsenal membuat kejutan dengan mendahului carta liga, dua mata di depan juara bertahan, Manchester City.

    City dijangka akan kembali ke kedudukan teratas esok apabila mereka menanti kehadiran Fulham di Etihad, dengan skuad itu menyasarkan untuk terus memberi tekanan kepada Arsenal yang akan beraksi di Stamford Bridge.

    Chelsea kini ketinggalan 10 mata dari kedudukan teratas selepas tiga perlawanan tanpa menang dalam liga dan tidak boleh lagi mencicirkan mata jika mahu mencabar gelaran.

    Graham Potter mengalami kekalahan pertama sebagai bos Chelsea apabila dibelasah 4-1 ketika kembali ke Brighton hujung minggu lalu.

    Aksi Fabio Vieira ketika dalam perlawanan antara Arsenal dan Zurich FC di stadium Emirates, London, kelmarin. – AP

    “Kami baharu sahaja melalui cabaran menakjubkan pada Oktober,” kata pengurus baharu itu selepas kemenangan 2-1 dalam Liga Juara-Juara mengatasi Dinamo Zagreb awal pagi Khamis lalu.

    “Kami berada dalam situasi kami perlukan mendapatkan keputusan yang bagus, kami kehilangan pemain utama seperti Wesley Fofana dan Reece James dan ia sedikit menjejaskan kestabilan.

    “Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mencari penyelesaian, tapi kami mengalami satu kekalahan dalam 11 perlawanan.”

    Ada sedikit rasa lega buat Arsenal dan England apabila Bukayo Saka dikatakan sudah pulih daripada kecedera-an pergelangan kaki ketika menang 5-0 mengatasi Nottingham Forest yang mencetuskan kebimbangan mengenai penampilannya di Piala Dunia.

    Namun Chelsea akan beraksi tanpa bek kiri, Ben Chilwell, yang dikeluarkan pada aksi Rabu lalu kerana kecederaan paha yang hampir pasti menyebabkan dia tidak akan ke Qatar.

    Tottenham pula memerlukan kebangkitan pada babak kedua menetang Marseille bagi mengesahkan kemaraan ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi Rabu lalu.

    Bagaimanapun kemenangan 2-1 itu memberi kesan buat skuad kendalian Antonio Conte dengan Son Heung-min mengalami kecederaan serius di sekitar mata kirinya – dan kelab itu mengesahkan ia perlukan pembedahan bagi mencerahkan harapan pemain Korea Selatan itu ke Piala Dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...