Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    AS dakwa Rusia sedia serang Ukraine

    WASHINGTON, 6 FEB – Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa Rusia sedang meningkatkan persediaannya untuk melakukan serangan besar-besaran ke atas Ukraine.

    Pegawai AS berkata penilaian perisikan juga mendapati Rusia kini meletakkan 70 peratus daripada kekuatan tentera yang diperlukan untuk melakukan serangan.

    Rusia setakat ini dilaporkan menempatkan 110,000 tentera di sepanjang sempadannya dengan Ukraine tetapi perisikan AS tidak menentukan sama ada Presiden Vladimir Putin benar-benar membuat keputusan untuk menyerang.

    Pegawai memberi amaran tentera Rusia yang ditempatkan di sempadan Ukraine bertambah pada tahap yang mampu memberikan Putin kekuatan diperlukan untuk menyerang pada skala penuh, membabitkan kira-kira 150,000 tentera menjelang pertengahan bulan ini.

    “Jika Rusia memilih untuk melakukan serangan berskala penuh, tentera boleh menawan ibu negara Kiev dan menggulingkan Presiden Volodymyr Zelensky dalam masa 48 jam.

    “Serangan boleh menyebabkan 25,000 hingga 50,000 orang awam terbunuh, termasuk 5,000 hingga 25,000 askar Ukraine dan 3,000 hingga 10,000 tentera Rusia.

    “Ia juga boleh mewujudkan kumpulan pelarian antara satu hingga lima juta orang, terutamanya ke Poland,” kata pegawai itu.

    Bagaimanapun, Moscow tetap menafikan Rusia merancang untuk menyerang Ukraine. – AFP

    Tentera mengambil bahagian dalam latihan taktikal bersama di bandar Pripyat, berdekatan loji tenaga nuclear Chernobyl pada 4 Februari 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...