Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    AS lulus penjualan senjata kepada Arab Saudi, UAE

    HOUSTON, TEXAS, AS, 3 OGOS – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) kelmarin meluluskan penjualan senjata kepada dua rakan kongsi utama Timur Tengahnya bernilai lebih AS$5 bilion.

    Di bawah syarat perjanjian pertama, Arab Saudi akan membeli peluru berpandu Patriot bernilai AS$3.05 bilion, lapor Agensi Anadolu.

    Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula membeli peluru berpandu sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) bernilai AS$2.25 bilion.

    Menurut Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (DSCA), di bawah cadangan perjanjian dengan Arab Saudi akan membantu menambah stok peluru berpandu Patriot yang ‘semakin susut’, dan membekalkan 300 senjata baharu.

    “Peluru berpandu itu digunakan untuk mempertahankan sempadan kerajaan Arab Saudi dan serangan peluru berpandu balistik di tempat awam dan infrastruktur penting di Arab Saudi,” menurut kenyataan DSCA.

    UAE akan menerima dua stesen kawalan pelancaran THAAD, dua stesen operasi taktikal THAAD dan 96 peluru berpandu di bawah perjanjian yang dicadangkan itu.

    AS juga sedang dalam proses kembali ke meja rundingan dengan Iran berhubung perjanjian nuklear 2015.

    AS menarik diri daripada Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) pada 2018 di bawah pentadbiran bekas Presiden Donald Trump, tetapi Presiden Joe Biden mungkin akan menyertai semula perjanjian itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...